Saturday, February 26, 2011

:(

Baru komplen sikit, dah kena lagi teruk..

Semalam aku kena allergy attack. Daripada mana, aku tatau.. Bangun pagi okay, time tengahari aku guling guling atas katil, tau tau badan dah start gatal gatal and ada merah merah. Jadi aku assume kena gigit something la. Pijat mutant ke apa..

So siang semalam walaupun badan gatal gatal ni, gigih juga aku kuar ngan Kera pegi Midvalley (lagi!) sebab lapar. Kat umah takde apa nak masak, and since gaji dah kuar kitorang biasa ada "makan besar" sekali.
Aku ni lak.. jenis degil.. Dah tau badan gatal, selamba je makan seafood! Konon sebab takde allergic seafood kan, patut tak effect la! hahhh! Harapan.. jadi makin teruk lak. Tak guna..

So terima kasih Bestie kerana bawakkan pegi klinik.. Sorry kacau momentum abiskan lauk semalam. Harapnya sempat la kenyang yee.. hehe

Kat klinik lak doktor tanya ada makan seafood tak, aku tersengih la since memang baru je lepas. Pastu dia cakap la kadang kadang orang start kena allergy walaupun selama ni tak ada. Aku anggukkan aje la, tapi masalahnye gatal dah start time siang, time aku tak makan pape pon lagi. Seafood tu cuma memburukkan keadaan je. haihh
Pastu dia tanya aku nak makan ubat ke, nak kene inject. Sebab aku tak penyabar orangnye, aku suh je la dia inject.
Cok ponggong!
Malu...
Tapi dua tiga minit lepas tu gatal gatal memang reda.. merah merah pun dah kurang. Best!

Harini badan still ada merah merah and gatal.. tapi gatal yang boleh diabaikan la. Tak seteruk malam tadi. Malam tadi memang.. hisyy.. So skarang aku tau nak sumpah apa kat orang bila aku marah. Daripada aku sumpah diorang mati, baik aku sumpah diorang gatal seluruh badan. (Kat celah bedah pun yee.) Sebab tu lagi seksa!
Plus kalau orang mati, kau tak boleh gelakkan dia. Kalau dia kena gatal.. boleh la gelak evil.
(Teruknya laa.. Mana la Tuhan tak marah.. adeke plan menda menda camni lak! isyk)

Tengah mengantuk ni. Doktor kata ubat ilang gatal ni memang buat mengantuk. Best! Aku suka ubat buat mengantuk sebab aku ni jenis susah nak tido.. Tak saba nak tunggu malam untuk makan ubat gatal lagi!
Pagi tadi Mama text tanya nak ikut pegi Seremban tak. Aku tak mau lahh. Time badan gatal gatal ni tahap kesabaran aku kurang. Kesian lak kat bebudak nanti. Kalau ada sesiapa yang nak kena marah, baik aku hadkan kepada si Kera je. heehee.

Elok elok je allergic time cuti.. Kalau kena keje time badan merah merah camni.. hisy! I tidak rela uolss!

6 comments:

s a L o m a said...

garu garu garu garu

oi! ha..garu apa?haha

Monkey's Bunny said...

Haha
Wheee cik saLoma dah boleh komen :D

ablen said...

hahahah.. tak ley blah entry... >.<

dumdum said...

blog dan entry yang comel gilaa! :D

Monkey's Bunny said...

Ablen, apa salah entry niee..

time kaseh chenta, see Ablen, that's the spirit! :P

ablen said...

takde salah ape2 pun entry nih... actually i enjoy la entry nih.. tu sbb ckp camtu.. hahah :p

Post a Comment

 

Thoughts by The Uninspired. © 2014

Blogger Templates by Splashy Templates