Wednesday, April 20, 2011

Apa nama kau eh?

Lagi sekali aku lupa nama orang.. (Tech crew lagi la pulak kan, nampak sangat tak penting! Bahahahha!)
Jumpa kat smoking lounge, skali dia paxing flight aku.. Nasib baiklah ada Passenger Information List! kikikki..
Pastu disebabkan aku sorang stewardess pompuan dalam flight, leading aku maintain aku keje depan untuk trip kali ni.. Dan disebabkan member kan, (walaupun tak ingat nama asalnya) aku pun bilang la sama si FO untuk tak payah mengada nak makan dalam aircraft sedangkan dah janji nak keluar makan sama kat Kuching..
Muahahaha!! Aku memang buat suka hati aku..

Sang Hanjeng agak behave dalam trip ni. Dia maseh tak boleh nak cakap ngan orang elok elok. Haritu dia dengan leading cerita pasal bebudak yang baru join. Aku mengaku, ada cerita diorang yang aku tumpang gelak.. Tapi aku lagi banyak malu sebenarnye. Aku tak suka nak dengar. Pastu Sang Hanjeng boleh lak mention kat leading (aku pun ada la sekali time tu) yang kitorang penah gaduh dulu, tapi AKU dah OKAY "kot"..
1. Aku maseh aku.. Kau maseh hanjeng.
2. Perlu ke kau cerita kat leading?? Kaki repot kan kau? Pastu kau nak komplen kat orang bila ada budak 'take note' nama kau.. Kalau kau tak suka orang bercerita pasal kau, kau pun sila lah shaddap!
3. "Okay" kau kata.. Ahaa.. Itu sebab kau keje kat belakang, aku kat depan.. Kalau hari hari keje sama, aku tak konfiden yang kau akan kata aku "okay".
Btw, BC1.. Everyday kau tak spray cabin ye. And bila aku tolong spray, ada kau kata "thank you"?? Courtesy my ass la hanj!
Muka kau sampai ke tua aku tak lupa kot.. Rasa nak baling barang je.

Moving on, tadi bebudak ni sebok nak suruh aku lepak lama lama. Sungguh aku tak suka nak duduk buat bodo while orang lain minum. Kalau gi club, aku tak menari.. Nak borak, bising! So apa aktiviti aku? Merokok lah sampai dada nak pecah, thanks!
Aku tak suka bila orang pelawa melepak, diorang akan respon, "kenape, takut boyfren tau ke?" Ataupun, "tak boleh keluar ke? Nanti kena marah ye.." APAKAH??

Or bila aku bagitau orang team bola aku, diorang akan tanya, "kenape? Ikut boyfren eh?" WTH?!! Kalau aku ikut boyfren aku, dia sokong Chelsea hokey.. YUCK!!
Tolonglah lelaki sekalian.. Tak terlintas ke kat kepala korang yang bila perempuan cakap sesuatu, diorang memang maksudkan apa yang diorang cakap??

Bila aku taknak keluar ngan korang, maknanye aku tak suka nak melepak ngan korang. Kang aku cakap terang terang kang.. Cuba la lepak gaya sehat sikit, mau la aku ikut.
And aku sokong Man United since 1996 ye.. Time aku tak penah ada boyfren, time aku tak pandai flirt, time budak laki takut ngan aku sebab aku garang, time aku kuar umah pakai cap, tak ada skirt dalam almari, time Beckham rambut pendek dan maseh rupa budak baik.

Dah ramai orang aku jumpa, semua laki pusing pusing sama je.. "Janganla marah.." @*#&%
Semua laki kecuali Encem.. (Sama je actually, tapi aku nak buat sedap hati sendiri sikit.) Itu lagi satu hal lak, tiga hari trip, hanta dua je text, call sekali tak sampai seminit. Bongok!

Roster bulan depan dah kuar.. Whee! Bulan depan start ada nightstop kat Manila.. And.. aku ada Manila!!! Yayyy!! Finally, someplace new to see! Excited! heehee

Okaylah, nak tido. Tadi dah ready nak tido skali roster kuar lak. Aisyy..
Gudnite!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

ablen said...

Wow~.. After lame tak masuk blog wanie.. Satu kali entry marah la plak~.. "Jgnla marah".. >,<.. Neway.. Seems like u hav a lot going on with ur life rite now.. N busy like always.. :)

Monkey's Bunny said...

heehee
actually takde la sampai marah pun.. cuma entry yang penuh emosi kot. tak marah, tapi tak heppi jugak.

and ha ahh.. buat buat busy like always :P

Post a Comment

 

Thoughts by The Uninspired. © 2014

Blogger Templates by Splashy Templates